undefined
Posted by Khairul Salleh
Addlah Facebook Masjid Kg Perpindahaan Mata-Mata Gadong yang mana ianya akan dirasmikan oleh Imam Haji Mahari bin Hj Metussin tidak lama lagi
Kearah pembangunan insan berteraskan Islam
undefined
Posted by Khairul Salleh
Addlah Facebook Masjid Kg Perpindahaan Mata-Mata Gadong yang mana ianya akan dirasmikan oleh Imam Haji Mahari bin Hj Metussin tidak lama lagi
undefined
Posted by Khairul Salleh
Program Perkhemahan Belia Masjid Antidadah Peringkat Daerah Brunei Muara 2006
Rabu, 27hb Disember 2006 - Majlis pembukaan rasmi Program Perkhemahan Belia Masjid Antidadah peringkat Daerah Brunei Muara 2006 telah diadakan di Masjid Kampong Perpindahan Mata-Mata Gadong dengan kerjasama Biro Kawalan Narkotik (BKN) Jabatan Perdana Menteri dan Sukarelawan Datalish.
Majlis disempurnakan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Paduka Haji Abdul Rahman bin Haji Mohiddin.
Perkhemahan Belia Masjid itu dibukakan kepada belia masjid lelaki Daerah Brunei Muara berumur di antara 14 hingga 25 tahun. Ia diadakan selama sehari bermula 27 hingga 28 Disember 2006.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap fizikal dan mental belia mengenai isu-isu dadah di negara ini, ianya juga memberikan kesedaran dan membersihkan di dalam jiwa rohani dengan keagamaan serta menjadikan ketahanan jati diri belia dalam menentang akibat perbuatan yang kurang sihat.
Aktiviti-aktiviti yang disediakan dalam program perkhemahan itu ialah motivasi ceramah-ceramah keagamaan yang berkaitan dengan isu belia dalam mencegah masalah dadah dan motivasi berkaitan menangani masalah dadah, aktiviti ketahanan jati diri belia, menunaikan solat berjemaah, qiamullail dan taklimat serta pameran aktiviti-aktiviti masjid.
Walkaton Belia-Belia Masjid Perpindahan Kampung Mata-Mata Gadong
18 Februari 2007, Ahad - Kira-kira 300 orang peserta menyertai Walkaton Belia-belia Masjid Perpindahan Kampung Mata-Mata Gadong dalam usaha menggalakkan cara hidup sihat di kalangan para belia tempatan yang berlangsung dari Masjid berkenaan menuju ke Bangunan Biro Kawalan Narkotik (BKN).
alkaton Belia-belia Masjid adalah merupakan acara tahunan anjuran bersepadu Biro Kawalan Narkotik (BKN) dengan kerjasama Majlis Perundingan Perpindahan Kampung Mata-Mata Gadong.
adir di acara tersebut ialah Pengarah Biro Kawalan Narkotik, Haji Abdul Majid Mangarshah dan Pemangku Timbalan Pengarah, Haji Abdul Aziz Haji Othman.
Acara bermula di Masjid Perpindahan Kampung Mata-Mata Gadong sebaik selesai menunaikan solat fardu Subuh berjemaah yang diikuti dengan Kuliah Subuh. Sesi senaman ringan memanaskan badan juga diadakan sebelum acara walkaton.
ujuan utama acara dianjurkan ialah untuk mendekatkan para belia tempatan dengan aktiviti masjid dan kesihatan agar masa yang terluang dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka khususnya belia-belia masjid.
agi memeriahkan lagi acara , cabutan tiket bertuah diadakan sejurus selesai acara walkaton bertempat di ruang luar bangunan Biro Kawalan Narkotik.
Oleh : PTM, JHEM
Ahad, 20hb Januari 2008 - Seramai lebih 200 peserta menyertai Walkaton Hijrah 1429 anjuran Jabatan Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei dan Muara, Zon 3, Kawasan 6 dengan kerjasama Balai Ibadat Kampong Mata-Mata Gadong dan Masjid Perpindahan Kampong Mata-Mata Gadong.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Haji Suhaimi bin Haji Mohd Noor, Ketua Zon Brunei 3, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Walkaton Hijrah dimulakan dengan sembahyang fardu Subuh berjemaah dan diteruskan dengan ceramah kuliah subuh yang disampaikan oleh Haji Amynoor Haji Yakub, Pegawai Hal Ehwal Masjid daerah Brunei dan Muara. Kemudian acara walkaton dimulakan dari Masjid Perpindahan Kampong Mata-Mata Gadong dan berakhir di Balai Ibadat Kampong Mata-Mata Gadong.
Acara ini bertujuan untuk memperingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan sekali gus meraikan kedatangan tahun baru Hijrah 1429 di samping mengeratkan hubungan silaturahim sesama jemaah dan penduduk kampong di sekitar Gadong.
Bengkel Dikir Syarafil Anam (Dikir Brunei)
Oleh : PTM, JHEM
Ahad, 08 Februari 2009 - Ahli Jawatankuasa Takmir dan Belia Masjid Kampong Perpindahan Mata-Mata Gadong telah mengadakan bengkel Dikir Syarafil Anam (Dikir Brunei).
Program yang bermula pada 2 Februari lalu adalah untuk belia dan kumpulan Muslimah Masjid dijalankan pada setiap Isnin dan Jumaat yang disampaikan oleh Imam Haji Mahri Haji Metusin dan dibantu oleh Awang Osman Haji Ali.
Sejak penubuhannya pada tahun 2000 seramai 250 belia linkungan 12 hingga 25 tahun berjaya dikumpulkan oleh Belia Masjid Kampong Perpindahan Mata-Mata Gadong. Sementara kumpulan Muslimah pula seramai 17 orang yang berdaftar dan diasaskan melalui Bahagian Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid.
Tujuan bengkel ini diadakan bukan sahaja sebagai salah satu aktiviti Takmir Masjid Kampong Perpindahan Mata-Mata Gadong dan belia malah ia juga salah satu usaha memelihara dikir Brunei dengan baik dan diperkembangkan terutama kepada generasi baru.
Selain itu program ini dapat menggalakkan kaum belia dan Muslimah berjinak-jinak dengan warisan orang Melayu Brunei dan sebagai penggalak untuk berselawat dan memuji Nabi Muhammad SAW dengan alunan lagu-lagu yang indah dan tersendiri.
Dikir Brunei merupakan satu khazanah warisan bangsa Melayu yang berharga yang perlu dikekalkan sambil menggalakkan para jemaah rajin mengerjakan ibadat.
Majlis diungkayahkan oleh Bahagian Imarah, JHEM dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Masjid, Daerah Brunei Muara dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Perpindahan Mata-Mata Gadong.
Forum Kefahaman Al-Qur`an ini berlangsung di Masjid Kampong Perpindahan Mata-Mata, Gadong.
Juga hadir di majlis tersebut, Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, KHEU, Awang Haji Abd. Kahar bin Haji Hussin,
Di majlis forum tersebut, seramai tiga ahli panel telah dilantik dari kalangan Ahli Kumpulan Belia Masjid dari masjid-masjid di Daerah Brunei dan Muara, mereka terdiri; Awang Zulhelmi bin Dato Seri Setia Haji Rajid, Kumpulan Belia Masjid Kampong Sungai Hanching, Awang Mohd. Saifullah bin Haji Mohd. Sofian dari Kumpulan Belia Masjid Rumah Kegiatan Ugama, Kampong Bebuloh dan Awang Mohd. Adham bin Hashim dari Kumpulan Belia Masjid Kampong Perpindahan Mata-Mata, Gadong.
Para ahli panel mengupas dan membincangkan isi kandungan Ayat 1 hingga 3 bagi Surah Al-A’ala.
Forum dipengerusikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Mohd. Fahmi bin Haji Abbas.
Majlis dihadiri oleh kira-kira 500 orang, terdiri dari Pegawai JHEU, imam-imam, Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Perpindahan Mata-Mata Gadong, Ahli Kumpulan Belia Masjid dan para jemaah.
undefined
Posted by Khairul Salleh
undefined
Posted by Khairul Salleh
SEJARAH DAN PENGENALAN MASJID
KAMPONG PERPINDAHAN MATA MATA GADONG
PENDAHULUAN
Kampong Perpindahan Mata Mata Gadong, penduduknya berasal dari beberapa buah
SEJARAH PEMBINAAN MASJID
Masjid Kampong Perpindahan Mata-Mata Gadong terletak ditengah-tengah perkampungan, diatas sekeping tanah milik kerajaan kira-kira 12km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini mula dibina pada tahun 1982 berharga $900 000.00 (Sembilan Ratus Ribu Ringgit). Masjid ini mula digunakan pada 29 Mei 1984 dengan menunaikan sembahyang Fardhu Asar. Pada 2 Muharram 1405 Hijrah bersamaan 28 September 1984 Masihi Masjid ini dibuka rasmi oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Seri Utama Awang Haji Metali bin Mat Yassin, bekas Kadi Besar, Negara Brunei Darussalam. Dan Masjid dapat menampung jemaah kira kira 300 orang jemaah.
Kerja-kerja penambahan dan pembesaran bangunan yang pertama dilakukan pada tahun 1991, yang membolehkan masjid ini boleh menampung seramai 500 orang jemaah dan dengan jumlah perbelanjaannya ialah $45,000.00. Pengubahsuaian yang kedua bermula pada bulan oktober 2000 telahpun siap pada tahun November 2002 dengan pembiayaan yang berjumlah $700 000.00 (Tujuh Ratus Ribu Ringgit) daripada kewangan Algharibin Majlis Ugama Islam, Negara Brunei Darussalam.
Masjid ini mempunyai beberapa kemudahan seperti :
- Letak Kereta yang luas boleh menapung sekitar 150-200 buah kereta
- Bilik perjumpaan Imam dan Bilal
- Bilik Muzakarah / Mesyuarat
- Bilik Pentanbiran
- Bilik pemeran Sementera
- Mempunyai alat Mesin Photocofy (Wakaf)
- Mempunyai Alat Komputer (Wakaf)
- Kursi dan meja Tulis untuk kelas Tambahan
- Dapur
- Tandas
- Tempat Berwuduk lelaki dan perempuan
- Khutub Khanah atau Bilik bacaan
- Alat Penyejuk Udara
- Dewan Sembahyang boleh menampung sekitar 1100 orang jemaah termasuk jemaah
BAHAN BAHAN DAN STRUKTUR
Diperbuat daripada bahan cement dan batu bata
PEGAWAI PEGAWAI MASJID DAN PELAPIS BILAL YANG PERNAH BERTUGAS
Pada permulaan penggunaan Masjid ini, imamnya terdiri daripada orang orang kampong yang mempunyai Kebolehan, antaranya ialah Awang Haji Said bin Haji Abd Rahman, Awg Haji Talib bin Abd Rahman, Pengiran Haji Kula dan lain lain lagi. Begitu juga Bilalnya terdiri daripada orang orang kampong antaranya Haji Moksin bin Haji Atai, PengiranHaji Metarsat bin Pg Haji Matassan, Haji Mohd Taha bin Haji Mohd Salleh, Pengiran Haji Metassin bin Pg Haji Kula dan lain lain lagi. Pada tahun 1984, seorang guru ugama telah dilantik sebagai pemangku Imam iaitu Awang Haji Talib bin Salihin dan Cikgu Awang Metali sebagai Bilal. Pada 1hb Febuari, 1987 Pengiran Haji Mohd Yussof bin Pengiran Haji Sabtu (Guru Ugama) telah dilantik menjadi Imam tetap dan Pengiran Haji Abd Razak bin Pengiran Pengiran Matassan sebagai Bilal pada ketika itu. Dan antara pegawai pegawai Masjid yang pernah bertugas dimasjid ini terdiri daripada Imam Haji Jamuddin bin Dollah, Imam Haji Awang bin Haji Metusin dan Imam Pengiran Haji Abd Razak bin Pengiran Matassan, Imam Haji Masir bin Haji Mohammad, Awg Jamal bin Haji Munab dan Imam Rosli bin Haji Ladis.
Masjid Kampong Perpindahan Mata Mata Gadong ketika ini mempunyai tiga orang pegawai masjid dan dibantu beberapa orang pelapis Bilal iaitu ; Imam Samrin bin Samad yang bertugas sejak tahun 2004 hingga sekarang. Beliau bertugas sebagai Pegawai Hal Ehwal Masjid dan ketua Zon bahagian 3 Kawasan 4 Imam Haji Mahri bin Haji Metusin yang bertugas sejak 1hb Jun, 1996 hingga sekarang dan selaku Pengerusi dan Ketua Imam Awg Haji Abdullah bin Haji Tahir yang bertugas sejak tahun 2006 hingga sekarang dan menjawat sebagai tugas Bilal Awang Kolin bin Haji Ahmat selaku Buroh Masjid yang bertugas pada bulan Febuari 2005m hingga sekarang Awang Haji Batang bin Dollah selaku Pelapis Bilal hingga sekarang Awg Haji Md Taha bin Haji Mohd Salleh selaku Pelapis Bilal hingga sekarang Awg Osman bin Haji Ali selaku Pelapis Bilal hingga sekarang Awg Haji Abd Rahim bin Haji Talib selaku Pelapis Bilal hingga sekarang Awg Mohd Noor bin Hj Misir Selaku Pelapis Bilal hingga sekarang
PEMBENTUKAN AHLI JAWATANKUASA TAKMIR MASJID
Sementara Masjid Kampong Perpindahan Mata Mata Gadong juga membentuk Ahli
Jawatankuasa Takmir yang ahlinya terdiri daripada orang orang Kampong . Antaranya
yang pernah menjawat jawatan yang tertinggi ialah Pengiran Haji Abd Latif bin
Pengiran Haji Tajuddin, Allahyarham Haji Kamis bin Hj Sulaiman, Allahyarham Pehin
Penyurat Haji Mohd Salleh, Awg Haji Anuar, Allahyarham Haji Ibrahim bin Sulaiman,
Pengiran Haji Tengah bin Pg Hj Tajudin, Allahyarham Pengiran Haji Mohammad bin
Pg Daud, Pengiran Haji Mohd Daud bin Pg Hj Putih, Awg Haji Mansor bin Hj Misir,
Awg Haji Abd Razak bin Lamit, Hj Kamarulzaman bin Taha, Hj Magon bin Hj Ghafar
dan lain lain lagi.
Pada masa ini Masjid Kampong Perpindahan Mata Mata Gadong mempunyai 41 orang
Ahli Jawatankuasa Takmir termasuk ahli ahlinya yang terdiri daripada orang orang
Kampong dan sekitarnya dilantik secara pemilihan dalam satu perkumpulan. Dimana
perlantikan ahli Jawatankuasa ini berdasarkan pemilihan suara orang ramai untuk
membantu perjalanan aktiviti aktiviti Takmir yang dijalankan dan dirancang selama
setiap dua tahun lantikkan tersebut.
Selain dari Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid yang terdapat di Masjid kampong
Perpindahan Mata Mata Gadong ada terdapat juga kumpulan yang di tubuhkan
seperti :
1. Kumpulan Dikir
2. Kelas Dewasa
3. Kumpulan Muslimah
4. Kumpulan Belia
5. Kumpulan Hadrah
Allahyarham Cikgu Awang
Haji Ta’ain bin Salihin
(Imam dari tahun 1984
hingga 1987)
Pengiran Haji Abdul Razak
bin Pengiran Metasan
(Bilal, 13 Julai, 1987)
Pengiran Haji Md. Yusof
bin Pengiran Sabtu
(Imam, 1 Februari, 1987)
13
PENGENALAN DAN PERKEMBANGAN AKTIVITI TAKMIR DAN
BELIA MASJID KAMPONG PERPINDAHAN MATA MATA GADONG
SEJAK TAHUN 2000-2009 M
Alhamdullilah, sepertimana yang telah dihasratkan oleh Kementerian Hal Ehwal
Ugama Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid bagi penubuhan
kumpulan Belia Khasnya Masjid Masjid, Surau dan Balai Ibadat di seluroh Masjid
Negara Brunei Darussalam, khasnya bagi membimbing Belia Belia yang berumur
di dalam usia lingkungan antara 12 ke 25 tahun. Kerana Belia merupakan aset yang
berharga dan bernilai untuk negara, serta memiliki potensi yang dalam Masyarakat
dan negara, Belia juga sebagai generasi penerus yang mana harapan dan impian, maju
dan mundurnya sesebuah Masyarakat terletak dibahu mereka sesuai dengan corak
dan olahan bangsa itu sendiri. Disamping itu Belia adalah pemimpin masa yang akan
datang, untuk lebih prehatin didalam mencorak kehidupan yang baik dan cemerlang
SEJARAH PENUBUHAN KUMPULAN BELIA MASJID KAMPONG
PERPINDAHAN MATA MATA GADONG
Sejarah penubuhan awal Belia Masjid Kampong Perpindahan Mata Mata Gadong
bermula pada pertengahan tahun 2000m dengan hanya mempunyai keramaian ahlinya
yang berdaftar seramai 26 orang termasuk 8 orang ahli jawatankuasanya yang terdiri
daripada belia yang berumor 29 tahun hingg 35 tahun . Dimana ahli Jawatankuasa
Belia inilah yang memberikan sokongan dan dorongan untuk menubuhkan ahli Belia
dengan mengadakan pembukaan aktiviti kursus menyempurnakan jenazah bersijil
selama 4 hari bermula pada 1hb jun hingga 4hb Jun, 2000 oleh Imam Haji Mahri
bin Haji Metusin , Imam Masjid Kampong Perpindahan Mata Mata Gadong . Pada
masa ini mampu mengendalikan acara acara yang lebih aktif dan berkesan samada
Belia Belia Masjid di Daerah Brunei Muara mahupun diantara Daerah Daerah yang
lainnya . Dengan keahliannya yang sudah melebihi 300 orang pada masa ini yang
dipengerusikan oleh imam Masjid bukan saja mengendalikan aktiviti aktiviti yang
telah disusun oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Masjid malahan ahli Jawatankuasa Takmir
melalui Ahli Jawatankuasa Belia sememangnya mempunyai Motif dan perancangan
serta agendanya yang tersendiri bagi memenuhi aktiviti aktiviti yang boleh membuka
minda dan pemikiran para Belia Masjid berinteraksi dan pergaulan sosial yang
berfaedah serta pendidikan Akademik.
Hasil kerja yang dirancang bukanlah semata mata bertujuan untuk mendapatkan
pujian dan kebanggaan akan tetapi ianya adalah atas keihklasan belas kesihan dan
pemedulian kepada golongan Belia khususnya Belia Masjid . Sebagai pemimpin Belia
khasnya Belia Masjid
Kampong Perpindahan Mata Mata Gadong berharap akan dapat menghasilkan para
Belia Masjid yang bukan saja berjaya didalam hal ehwal keugamaan akan tetapi
dapat membantu mereka kepada pencapaian akademik yang baik, tekun, berwawasan,
berdikari dan berguna kepada Masyarakat.
14
TUJUAN ASASI
Tujuan kumpulan Belia Masjid Kampong Perpindahan Mata Mata Gadong diadakan
ditubuhkan adalah seperti berikut :-
- Membimbing Para Belia Masjid untuk mendekati serta mencintai Masjid
- Membimbing Para Belia supaya lebih peka serta aktif didalam aktiviti aktiviti
Keugamaan
- Melatih Para Belia Masjid untuk lebihberani tampil kehadapan dengan orang ramai
dan dengan secara langsung berinteraksi dengan semua peringkat samada antara
Para Belia Masjid, Ahli Jawatankuasa dan orang ramai.
- Membimbing para Belia Masjid supaya lebih berjaya serta memberikan bantuan
pendidikan didalam pelajaran Ugama dan Akademi
- Mencungkil Bakat dan Kebolehan para Belia Masjid
- Mengisikan masa lapang Para Belia Masjid kepada aktiviti aktiviti yang lebih
berfaedah
- Mengeratkan hubungan Silaturahim antara Para Belia Masjid serta Daerah Daerah
yang lainnya.
- Megalakan para Belia Masjid kepada meminati aktiviti sukarelawan yang
berkebajikan
- Melahirkan Individu yang mahir dan cekap
- Melahirkan Individu yang berwawasan serta bertanggungjawab
KUMPULAN YANG TERDAPAT DALAM BELIA MASJID KAMPONG
PERPINDAHAN MATA MATA GADONG
Sejak tertubuhnya kumpulan Belia di Masjid kampong Perpindahan Mata Mata Gadong
ini maka banyak kumpulan kumpulan yang telah ditubuhkan dalam kumpulan Belia
ini antaranya ialah :-
- Penubuhan Ahli Jawatankuasa Belia yang tersendiri
- Penubuhan Kumpulan Beliawanis
- Penubuhan kumpulan Hadrah Belia
- Kumpulan Dikir Belia
- Kumpulan Kelas Alquran secara Berlagu Belia Dan Beliawanis
- Kumpulan pembaca Alquran Bacaan Secara Murattal untuk Tadrus di bulan
Ramadhan
- Kelas Komputer
- Kumpulan Bolasepak Belia
- Kumpulan Bolasepak Futsal
- Kumpulan Seni mempertahankan Diri
- Kumpulan Sepaktakraw Belia
15
KUMPULAN BELIA HADRAH
Begitu juga terdapat kumpulan Belia Hadrah yang berahlikan seramai 35 orang yang
diketuai oleh Awg Ismail bin Kula dan Abd Azim bin Hj Ismail.
PENUBUHAN KUMPULAN MUSLIMAH MASJID
Masjid Kampong Perpindahan Mata Mata Gadong telah dapat mengumpulkan
kumpulan Muslimah Sejak penubuhan kumpulantersebut pada tahun 2007m. Seramai
20 orang ahli yang berdaftar kumpulan tersebut mengikuti aktiviti dan kelas yang
ditetapkan oleh pihak Masjid iaitu hari Isnin dan Selasa bermula jam 8.00 pagi hingga
10.00 pagi. Dimana guru yang memgajar kelas tersebut ialah Ustazah Hjh Ismah bte
Haji Metusin
PENUBUHAN KELAS DIKIR MUSLIMAH
Kumpulan ini telah pun belajar kelas dikir Syarafil Anam yang baru dan Dikir Brunei
(lama). Mereka telah diajar dikir Brunei lama seperti lagu Bisyahri Udana Laila, Al
ham Allah dan Badat Aing Pasang, yang dipimpin oleh Pegawai Masjid.
Dimana kumpulan ini telah dapat undangan dari para jemaah dan masyarakat setempat
seperti majlis berbedak perkahwinan, majlis berkhatan, majlis pindah rumah dan majlis
kepulangan jemaah haji
Kumpulan ini juga diundang untuk membuat persambahan acara acara keagamaan .
PROGRAM DAN AKTIVITI YANG DIJALANAKAN SETIAP HARI
Masjid Kampong Perpindahan Mata Mata Gadong menjalankan aktiviti aktivitinya
untuk para jemaah dan penduduk penduduk Kampong dan sekitarnya yang berbentuk
Harian, Mingguan, Berkala dan memperinggati hari hari kebesaran Islam. Begitu juga
aktiviti Belia Masjid telah disusun dan dijalankan sepanjang tahun baik mingguan
mahupun aktiviti berkala.
Aktiviti Harian
Tadrus Alquran selepas Sholat Suboh yang ahlinya seramai 12 orang yang terdiri dari
ahli jemaah Masjid. Alhamdulillah kumpulan ini telah dapat menyempurnakan 50 kali
khatam sejak bermula pada tahun 1998m.
Aktiviti Mingguan
- Isnin Selepas Sholat Maghrib : Kelas Dikir Syarafil Anam Lelaki dan Perempuan
- Selasa selepas Sholat Maghrib : Kuliah Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah oleh Imam
Haji Mahri bin Haji Metusin
- Rabu selepas Sholat Maghrib : Kelas Alquran dan Kelas Alquran Berlagu Dan
Muqaddam secara Iqra
- Khamis selepas Sholat Maghrib : Membaca Surah Yassin & Doa Arwah, Tahlil
oleh Imam Masjid
- Jumaat selepas Sholat Maghrib : Kuliah Fardhu Ain & Pelajaran Fiqeh Oleh Imam
Haji Suhaimi bin Haji Md Noor
- Jumaat 8.00 pagi & 2.00 Petang: Kelas Alquran & Muqaddam Dan Kelas Dikir
16
Belia Hadrah
- Sabtu selepas Sholat Maghrib : Kursus / Kuliah Bahasa Arab Asas
- Ahad selepas Sholat Maghrib : Membaca Ratib Al Atas
- Ahad jam 9.00 pagi : Kelas Dikir Belia Hadrah & Kursus Fardhu Kifayah Lelaki /
Perempuan
KEGIATAN/AKTIVITI PROGRAM YANG DIJALAKAN SEJAK TAHUN
2000M HINGGA 2009M ANJURAN MASJID KAMPONG PERPINDAHAN
MATA MATA GADONG
Bagi Tahun 2000:
* Kursus Jenazah
* Mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Ceramah hijrah, Ceramah
Maulidur Rasul, Ceramah Israk Mikrat, Ceramah Nuzul Al-Qur’an dan Ceramah
Qurban
Bagi Tahun 2001:
* Mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Ceramah hijrah, Ceramah
Maulidur Rasul, Ceramah Israk Mikrat, Ceramah Nuzul Al-Qur’an dan Ceramah
Qurban
- Penubuhan Belia Hadrah dengan keramaian 26 orang
- Kursus Pengurusan Jenazah
- Perkhemahan Belia Masjid Kg Perpindahan Mata Mata Gadong
- Minal Masjid Ilal Masjid di kampong Sukang Ulu Belait
- Minal Masjid Ilal Masjid di kampong Melilas Ulu Belait
- Qiamullail Di Masjid kampong sukang
- Peraduan Uji Minda di Kampong sukang
- Lawatan Rumah panjang dikampong Sukang dan Kampong Melilas
- Khidmat Masyarakat membuat Titian Amal bagi Saudara baru di kampong Sukang
- Minal Masjid Ilal Masjid di kampong Junjungan kali pertama
- Qiamullail di masjid junjungan
- Walkaton antara Masjid Kg Perpindah Mata Mata & Masjid Junjungan
- Peraduan Azan dan Uji Minda Program minal Masjid Ilal Masjid di masjid
junjungan
- Mengadakan Tadrus di rumah rumah bagi kumpulan Belia buat pertama kali
- Ramah Mesra dikalangan ahli Jawatankuasa Takmir Dan Belia Masjid
- Penubuhan kumpulan dikir seramai 20 orang
- Peraduan azan Suboh dikalangan Belia Masjid Kg Perpindahan Mata Mata
Gadong
- Mengadakan kelas Al Quran secara Berlagu, Kelas fardhuAin, Kelas Dikir, latihan
hadrah, kursus Pengukuhan Aqidah, Ceramah Kepimpinan Belia islam, ceramah
Motivasi Belia
17
Bagi Tahun 2002
* Mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Ceramah hijrah, Ceramah
Maulidur Rasul, Ceramah Israk Mikrat, Ceramah Nuzul Al-Qur’an dan Ceramah
Qurban
- Pertemuan belia Islam di Balai Ibadat kampong Mata Mata Gadong
- Qiamullail sempena Pertemuan Belia Islam Di Balai Ibadat Kg Mata Mata Gadong
- Program walkaton di Balai Ibadat Mata Mata Gadong
- Kursus Kepimpinan Belia Islam di balai Ibadat Kg Mata Mata Gadong
- Mengadakan aktiviti aktiviti Sempena cuti persekolahan Pertama, kedua dan
Ketiga
- Musabaqah Tilawatil quran Belia peringkat Masjid Daerah Brunei Muara kali
pertama
- Penubuhan kumpulan Beliawanis seramai 22 orang
- Bengkel Khat Jawi Belia dan Beliawanis
- Pertemuan Belia Islam Jemputan antara Masjid kg Perpindahan Mata Mata dan
Masjid Kampong Junjungan kali kedua
- Peraduan Khutbah Jumaat
- Minal Masjid Ilal Masjid di Daerah Temburong kali Pertama gabungan Masjid Sg
Hancing dan balai Ibadat kampong Mata Mata Gadong
- Lawatan Di Masjid Masjid didaerah Temburong seperti Masjid Utama Mohd Salleh,
Masjid kampong Belais, Masjid kampong Puni, Dan Masjid kampong Selangan
- Aktiviti mendaki Bukit patoi di Daerah Temburong
- Lawatan Ke Jabatan Radio Televisyen Brunei
Bagi Tahun 2003
* Mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Ceramah hijrah, Ceramah
Maulidur Rasul, Ceramah Israk Mikrat, Ceramah Nuzul Al-Qur’an dan Ceramah
Qurban
- Program Pertemuan Belia Islam Jemputan Daerah Brunei Muara antara Masjid
Jemputan ialah Masjid Kg Sg Hancing Masjid Kampong Kilanas , Masjid Jubli
Perak Kampong Jagsak , Masjid Kampong Selambigar , Masjid Kampong Beribi ,
Dan Masjid Sultan Sharif Ali , Sengkurong
- Mambaca Doa Awal tahun Hijrah
- Lawatan kerja Pehin Menteri Ugama Negara Brunei Darussalam Bagi Zon Brunei
III
- Majlis qurban dan Aqiqah binatang
- Majlis Membaca Surah Yassin Dan Doa Kesyukuran sempena menyambut Hari
Kebangsaaan Negera Brunei Darussalam
- Membaca Doa kesyukuran dan membaca surah Yasin sempena Hari Keputeraan
KBDYMM
- Kursus Pengurusan Jenazah Bahagian Perempuan kali Ke III
- Kursus Fardhu Kifayah bahagian Lelaki
- Peraduan Tulisan Jawi
- Peraduan Dikir Syarafil Anam
18
- Peraduan Menghafaz ayat ayat Lazim
- Peraduan Membaca Khutbah Jumaat
- Pertandingan Bolasepak 4 orang sepasukan
- Lawatan Ke Jabatan Mufti
- Ceramah mengenai penyelahgunaan dadah dari Biro kawalan Nakortik
- Ceramah Motivasi Pelajar Cemerlang
- Khidmat Masyarakat dengan membersihkan tanah perkuboran Di kawasan Masjid
Jame Asr Hassanal Bolkiah
- Walkaton sempena Program Belia Jemputan Daerah Brunei Muara
- Musabaqah Tilawail Quran Belia Peringkat Masjid Daerah Brunei Muara kali
kedua
- Bergotong Royong Majlis Qurban Dan Aqiqah Binatang
- Khidmat Masyarakat bagi Asnaf Fakir dan Miskin
- Memberi bantuan kepada barang makanan kepada Asnaf fakir dan Miskin
- Kursus Fardhu Kifayah, Kelas Bimbingan al Quran Berlagu, Kelas Fardhu Ain,,
Halaqah tarbiah
- Ceramah Ugama Sempena Israk dan Mikraj 1424
- Kuliah Ugama sempena menjelang bulan Ramadhan
- Muzakarah Ahlijawatankuasa Takmir Masjid
- Muzakarah Ahlijawatankuasa Kerja Belia Masjid
- Kursus Pengukuhan Aqidah
- Kelas Tambahan sempena peperiksaan
- Sembahyang berjemaah Sunat Terawih dan Witir
- Majlis Tadrus Alquran sempena ramadhan
- Sembutan majlis ceramah sempena Nuzul Alquran
- Majlis Khatamal alquran bersama sama Kementerian Hal Ehwal Ugama Negera
Brunei Darussalam
- Majlis Khatamal Alquran bagi Belia Masjid dirumah rumah sempena Ramadhan
- Majlis Takbir Hari Raya Aidil Fitri
- Majlis membaca Doa Selamat dan ramah Mesra Sempena Sambutan hari raya Aidil
Fitri bagi Ahlijawatankuasa Takmir dan Belia serta Jemaah masjid
- Ceramah bekalan Haji bagi Jemaah Jemaah Haji yang menunaikan ibadat haji Di
Mekah
- Majlis Doa Selamat bagi bakal bakal Haji bagi jemaah, Penduduk Kampong
Perpinadahan Mata Mata Gadong Dan Sekitarnya
- Doa Selamat Kepulangan Jemaah Haji
- Majlis Takbir hari Raya Aidil Adha secara langsung bagi Belia Masjid
- Lawatan sambil belajar keluar negeri Di Masjid Masjid Wilayah Persekutuan
Labuan, Malaysia.
Bagi Tahun 2004
* Mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Ceramah hijrah, Ceramah
Maulidur Rasul, Ceramah Israk Mikrat, Ceramah Nuzul Al-Qur’an dan Ceramah
Qurban
19
- Program Minal Masjid Ilal Masjid Di Masjid Sungai Bunga
- Ceramah Motivasi Belia sempena Minal Masjid Ilal Masjid Sg Bunga
- Peraduan tulisan Jawi
- Minal Masjid Ilal Masjid Di Surau Polis Gadong Acara Riyadah kali pertama
- Walkaton sempena awal tahun Hijarah 1425
- Perlawanan Bolasepak persahabatan antara Belia Masjid Kg Perpindahan Mata
Mata Gadong dan Surau Polis Gadong
- Program Minal Masjid Ilal Masjid Ke Surau Polis Gadong kali Kedua
- Pertemuan Belia Islam antara Belia Masjid Kg Perpindahan Mata Mata Gadong dan
Masjid Kampong Junjungan
- Kihdmat Masyarakat
- Perlawanan bolasepak Persahabatan sempena Minal Masjid Ilal Masjid
- Minal Masjid Ilal Masjid Ke Masjid Masjid Daerah Temburong kali Kedua gabungan
Masjid Kg Perpindahan Mata Mata Dan Masjid Sufri Bolkiah antara masjid Yang
dilawati ialah Masjid Utama Mohd Salleh, Masjid Kampong Bokok,
- Balai Ibadat kampong Bukit Sibut, Balai Ibadat Kampong Selapon dan Rumah
panjang Kampong Selapon
- Ceramah Motivasi Belia sempena Minal Masjid Ilal Masjid Daerah Temburong
- Kelas Al Quran Berlagu
- Kelas Al Quran secara Bertajwed
- Kursus Fardhu kifayah secara praktikal
- Kursus Fardhu Ain
- Bimbingan Hadrah
- Kelas Dikir syarafil Anam
- Lawatan sambil belajar Keluar negeri di Masjid Masjid di Semananjong Malaysia
Seperti Masjid Putra, Putra Jaya, Masjid Sultan Sallehuddin Shah, Selangor,
Masjid Abd Azim Malaka, Masjid Jame kampong Rantau Negeri Sembilan, Masjid
Mubimbi Negeri Johor,
- Lawatan kali kedua keluar negeri sambil belajar ke Masjid Masjid Semenanjong
Malaysia seperti Masjid Negeri Muammadi Negeri Kelanatan, Masjid Pahang,
Masjid Terapong Negeri Terengganu, Masjid Utama Wilayah Persekutuan Dan
Masjid Ass Syakirin KLCC Malaysia.
Bagi Tahun 2005
* Mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Ceramah hijrah, Ceramah
Maulidur Rasul, Ceramah Israk Mikrat, Ceramah Nuzul Al-Qur’an dan Ceramah
Qurban
- Mengadakan Kursus Fardhu Kifayah
- Mengadakan Bengkel Fatihah
- Bengkel Khat Jawi Dan Cantik
- Majlis Qurban Dan Aqiqah
- Menganjurkan Kejohahnan Futsal antara Belia Belia Zon Brunei III kali kedua
- Menganjurkan Sepaktakraw Jemputan Belia Masjid Daerah Brunei Muara kali
keempat
20
- Peraduan Mari Bercerita untuk wakil Zon Brunei III
- Peraduan Menghafaz Surah Fatihah Dan Peraduan Azan
- Program Minal Masjid Ilal Masjid Daerah Belait Sempena cuti Hujung minggu
- Pertemuan Belia Islam Daerah Belait Cuti hujung Minggu
- Program Khidmat Masyarakat bagi Asnaf Fakir Miskin
- Peraduan Dikir Syarafil Anam
- Program membersihkan tanah perkuburan
Bagi Tahun 2006
* Mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Ceramah hijrah, Ceramah
Maulidur Rasul, Ceramah Israk Mikrat, Ceramah Nuzul Al-Qur’an dan Ceramah
Qurban
- Mengadakan kursus Fardhu kifayah
- Mengadakan kursus Dikir Syarafil Anam dan Dikir Brunei
- Mengadakan Bengkel Hadrah
- Mengadakan bengkel tulisan cantik
- Pertemuan Belia Belia Islam Daerah Brunei Muara
- Jemputan Takbir HariRaya Aidil Adha
- Musabaqah Tilawatil Quran Belia Peroingkat masjid Daerah Brunei Muara kali ke
tiga
- Perkhemahan Belia Masjid Benci Dadah
- Ceramah Pengukuhan Aqidah
- Ceramah Motivasi kepimpinan Belia Islam
- Program Menderma Darah
- Kempen Kebersihan Masjid
- Ceramah Fardhu Ain
- Ceramah Penyelahgunaan Dadah
- Program Gotong Royong membersihkan hutan simpan, Berakas
- Qiammulail
- Program Perkhemahan Belia Masjid Anti Dadah Peringkat Masjid Daerah Brunei
Muara
- Ceramah Motivasi pendidikan Belia Islam
- Mengadakan Pemeran bahan bahan Dadah
- Mengadakan Pemeran Program aktiviti Belia Masjid Sepanjang sejak penubuhan
Belia 2000m - 2006m
- Minal Masjid Ilal Masjid Ke masjid Kedah
- Minal Masjid Ilal Masjid Ke masjid Negeri Perlis
- Minal Masjid Ilal Masjid Ke Masjid Pulau Pinang
- Program Lawatan sambil Belajar Keluar Negeri Ke Masjid masjid Negeri P.Pinang,
Perlis Dan Kedah
- Program Lawatan Sambil Belajar Keluar Negeri Ke Wilayah Perseketuan, Labuan,
Malaysia
- Bergotong Royong Majlis qurban
- Mengadakan Perkhemahan Belia Masjid benci Dadah peringkat Masjid Daerah
21
Brunei Muara kerjasama Biro Kawalan Narkotik (bkn) pada 27-28 hb Dis, 2006
- Pertemuan Belia Islam Masjid Masjid Daerah Bunei Muara pada 27-28hb Dis,
2006
Bagi Tahun 2007
* Mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Ceramah hijrah, Ceramah
Maulidur Rasul, Ceramah Israk Mikrat, Ceramah Nuzul Al-Qur’an dan Ceramah
Qurban
- Mengadakan Walakton Hijrah kerjasama daripada pihak Biro Kawalan Narkotik
(bkn) pada 18hb Febuari, 207
- Kejohanan Futsal Belia Peringkat Masjid daerah Brunei kali ke iv sempena hari
Kebangsaan ke 23 tahun pada 4 hb Mac, 2007
- Kejohanan Futsal Jemputan Ahlijawatankuasa Takmir dan Jabatan Jabatan Kerajaan
pada 11hb Mac, 2007
- Larian amal Hijrah
- Program Qurban dan aqiqah
- Musabaqah Tilawatil quran Belia Masjid Peringkat Senegara pada 21hb Jun, 2007
- Kursus Fardhu Kifayah Jemaah dan Belia
- Khidmat Masyarakat membersihkan rumah bagi asnaf fakir dan miskin cuti panggal
kedua 2007
- Sambutan israk dan Mikrat
- Sambutan Nuzul Alquran
- Tadrus alquran Ramadhan
- Majlis Khatamal Alquran Ramadhan
- Majlis Khatamal Quran Belia Belia Kelas Alquran dan Kelas Dewasa serta pembaca
pembaca tadrus Alquran selepas Sholat Fardhu Suboh
- Program Lawatan keluar negeri ke Masjid Masjid Pontianak, Kalimantan, Indonesia
pada cuti bulan Jun, 2007
- Program lawatan Ajk Takmir dan Belia ke Masjid Masjid Singapore dan Johor
- Membuat lawatan ke Masjid Masjid Kalimantan pada bulan Jun 2007 selama 6
hari
- Majlis Khatamal Alquran bagi Kelas Alquran dan Muqaddam
BAGI TAHUN 2008
* Mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Ceramah hijrah, Ceramah
Maulidur Rasul, Ceramah Israk Mikrat, Ceramah Nuzul Al-Qur’an dan Ceramah
Qurban
- Mengadakan Musabaqah Tilawatil Ouran Belia 2008
- Mengadakan program Minal Masjid ilal Masjid Ke Masjid Daerah Brunei Muara
- Mengadakan program Perkhemahan Belia Islam kebangsaan
- Mengadakan Mahal Hijrah 1429
- Menagadakan Kursus fardhu kifayah Lelaki dan Perempuan
- Menagadakan Kursus Fardhu ain
- Program Motivasi Belia
22
- Mengadakan Sembutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam
- Mengadakan Futsal Ahlijawatankuasa Takmir
- Mengadakan Futsal Belia Senegara ( Kebangsaan)
- Mengadakan Larian Amal Hijrah
- Persembahan Dikir Syarafil Anam
- Mengadakan Persembahan Takbir Hari raya Aidil Adha
- Mengadakan Lawatan Ke Masjid Masjid Kalimantan kali kedua pada bulan Mac
2008
- Menagadakan Lawatatan ke Masjid Masjid Kalimantan kali ke Tiga pada 18hb-
23hb Disember 2008
- Aktiviti Qurban dan Aqiqah
- Ramah mesra Hari raya Aidil Fitri
- Lawatan Masjid Ulu Belait
- Bengkel hadrah
- Bengkel Khat Jawi
- Sambutan Israk dan Mikrat
- Sambutan Nuzul Alquran
- Peraduan Murattal Kelas Alquran Dewasa
- Mengadakan Bengkel Sholat Berjemaah
- Kursus Muslimah
- Lawatan Ke Masjid Masjid Wilayah Persekutuan Labuan Malaysia pada 24hb-25hb
Disember
Bagi Tahun 2009
* Mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Ceramah hijrah, Ceramah
Maulidur Rasul, Ceramah Israk Mikrat, Ceramah Nuzul Al-Qur’an dan Ceramah
Qurban
- Program Ceramah Khas sempena Awal Hijrah 1430
- Aktiviti Riadah Walkaton Hijrah
- Program Foram Belia Sempena Awal Hijrah 1430
- Ceramah Khas Aqidah
- Kursus Pengukuhan Aqidah Belia
- Kursus Komputer bagi Ahlijawatankuasa Belia dan Muslimah
- Bengkel Dikir Brunei bagi Belia Masjid
- Kursus Dikir Brunei bagi Kumpulm Muslimah
- Majlis Dikir Maulidur Rasul 12 malam berturut turut
- Ceramah Maulidur Rasul
- Ceramah Wanita Muslimah
- Doa Kesyukuran Sempena Hari Kebangsaan
- Lawatan Keluar Negeri Bagi Ahlijawatankuasa Takmir Masjid Ke Jakarta dan
Bandung Indonesia
- Minal Masjid Ilal Masjid Ke Masjid Istiqlal
- Minal Masjid Ilal Masjid Bandung
- Membuat Lawatan Ke Pasentren di Indonesia
23
- Program Cuti panggal pertama bagi kelas Alquran Dan Muqaddam
- Peraduan Mari Bercerita
- Peraduan Menghafaz Ayat Ayat lazim
- Peraduan Uji Minda
- Peraduan Azan
- Peraduan Alquran Murattal
- Pertandingan Musabaqah Alquran Belia Senegara 2009
- Sukan Riyadah (Sukan ria)
- Foram Belia Daerah Brunei Muara
- Peraduan Membaca Surah Alfatihah dikalangan Muslimah Masjid
- Kursus Fardhu Kifayah Lelaki Dan Perempuan
- Pertemuan Belia Islam Daerah Brunei Muara
- Perkhemahan Belia Zon Brunei 3 kawasan 6
- Perkhemahan Belia benci Dadah
- Motivasi Belia
- Majlis Bertahlil dan membaca doa Arwah Sekampong
- Majlis Sambutan Israk dan Mikrat
- Majlis membaca surah yassin Sempena kedatangan Nisfu Sya’ban
- Program Bertadarus Sempena Bulan Ramadhan
- Program bertadarus kerumah rumah kali ke 8
- Bertadarus Sempena menyambut Jubli Perak Masjid
- Bertadarus dari rombongan Kementerian Kewangan
- Bertadarus dari rombongan dari Sekolah Ugama Perpindahan Mata Mata Gadong
- Majlis Sambutan Nuzul Alquran
- Ceramah Khas sempena Nuzul Al Quran
- Majlis Khatamal Quran Sempena Ramadhan dan Jubli Perak Masjid
- Ramah Mesra Sempena aidil Fitri
- Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Jubli Perak Masjid
- Majlis Penyampaian Hadiah mengenang Jasa Sempena Jubli Perak
PROGRAM HARIAN DAN MINGGUAN
- Hari Isnin malam Selasa Kuliah Tauhid
- Hari Selasa Malam Rabu Kelas fardhu Ain Dan Fardhu Kifayah
- Hari Rabu malam Khamis Kuliah Fiqeh Umum
- Hari Khamis Malam Jumaat membaca Surah Yassin dan Bertahlil
- Hari Jumaat malam Sabtu Kelas Al quran Dewasa dan kelas lanjutan belia dan
beliawanis
- Hari Ahad malam Isnin membaca Ratib Al Attas
- Tadrus setiap hari selepas sholat suboh
- Hari Jumaat kelas Hadrah dan Dikir Syarafil Anam Belia
- Hari Ahad pagi kelas Komputer
- Setiap hari selapas sholat farhu Asar aktiviti Riyadah Jemaah dan Belia Remaja
- Setiap hari Ahad selapas Sholat fardhu Asar aktiviti Bolasepak
- Mengadakan perbincangan dan Muzakarah selepas Sholat Fardhu Isyak Berjemaah
24
PROGRAM DAN AKTIBITI YANG DIIKUTI OLEH BELIA MASJID KG
PERPINDAHAN MATA MATA GADONG
- Mengikuti Program dan aktiviti yang dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid
dan Pejabata Hal Ehwal Masjid Serta Mengikuti Program yang dianjurkan oleh
Masjid
- Mengikuti Jemputan Dikir Di Istana Nurul Iman Sempena Maulidur Rasul dan
Sempena Hari Raya Aidil Adha tahun 2003 dan 2004 dan 2005
- Mengikuti jemputan Dikir seperti Sempena Majlis Maulidur Rasul, Majlis
perkahwinan, Majlis Berkhatan, Majlis Rumah pindah, Majlis Mandi Berlawat dan
lain lain
- Mengikuti Jemputan Hadrah seperti Sempena Majlis Perkahwinan , Majlis hari hari
kebesaran Islam.
- Mengikuti Siaran langsung Takbir Hari Raya Sempena Hari Raya Aidi Adha tahun
2002, 2003, 2004, 2005, 2006, 2007 dan 2008
- Mengikuti kursus Bacaan Tilawah pada tahun 2002, 2003, 2004, 2005, 2007 dan
2008
PENGALAMAN DAN CABARAN PROGRAM DAN AKTIVITI YANG
DIJALANKAN DILUAR NEGERI
Buat kali pertama Program Lawatan Minal Masjid Ilal Masjid Ke Masjid Masjid
Wilayah Perseketuan Labuan, Malaysia pada 21-22hb Disember, 2003. Masjid Masjid
yang di lawati seperti masjid Abd Azim Masjid Utama Wilayah Perseketuan Labuan,
Masjid Kampong Patau Patau Satu dan Masjid kampong Patau Patau Dua
- Program Lawatan Minal Masjid Ilal Masjid Ke Masjid Masjid semenanjong
Malaysia pada 21-25hb Mac, 2004 . Masjid Masjid Yang dilawati Negeri Johor ,
Negeri Melaka, Negeri Sembilan, Negeri Selangor Dan Masjid Putra Jaya
- Program lawatan keluar negeri sambil belajar ke Masjid Semenanjong Malaysia kali
ke II pada bulan Disember 2004. Masjid yang dikunjungi seperti Masjid Wilayah
Persekutuan, Masjid Negeri Kelantan, Masjid Negeri Terengganu dan tempat yang
bersejarah .
- Manakala Program lawatan kali Ketiga pada bulan Disember 2006. Masjid Masjid
Semenanjong Malaysia seperti Masjid Negeri Kedah, Masjid Negeri Perlis, Masjid
Negeri Pulau Pinang dan tempat yang bersejarah.
- Lawatan kali pertama Masjid Masjid Kalimantan Pontianak pada bulan Disember
2007
- Lawatan kali kedua di Kalimantan Pontianak pada bulan Jun 2008
- Seterusnya lawatan kali ketiga di Masjid Masjid Kalimantan pada 18hb hingga 23hb
Disember 2008
- Lawatan kali pertama di Masjid Masjid Jakarta Indonesia seperti Masjid Istillal
Jakarta, Indonesia pada 23hb hingga 29hb Mac, 2009
25
PENCAPAIAN
Masjid kampong Perpindahan Mata Mata Gadong melalui Takmir Belia telah pun
dianungerahkan dengan Pemenang Anugerah Sempena Sembutan Israk dan Mikrat
bagi kategori Belia Masjid selama 2 kali berturut turut .Pada tahun 1423H bersamaan
dengan tahun 2002M Dan 1425h bersamaan dengan 2004m yang telah disampaikan
sendiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan. Pencapaian
yang lain yang telah dimenanagi oleh kumpulan Belia ini seperti berikut :-
Pernah Memenangi tempat pertama dalam Peraduan syarahan Ugama peringkat zon II
dalam tahun 2000 dan dan tempat kedua dalam tahun 2004 peringkat Zon III
Pernah memenangi tempat Pertama dan kedua dalam Musabaqah Tilawatil Ouran
Belia peringkat Daerah Brunei Muara dalam tahun 2002 dan 2003
Memenangi Peraduan Dikir Syarafil Anam mendapat tempat Ketiga Anjuran Masjid
Sharif Ali dan tempat pertama dalam program Pertemuan Belia Peringkat Daerah
Brunei Muara pada tahun 2003
Memenangi Peraduan Azan peringkat Masjid Daerah Brunei Muara pada tahun 2003
dalam program Pertemuan Belia Islam Jemputan Masjid Daerah Brunei Muara
Pernah mewakili musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangasaan
Pernah Memenangi tempat pertama Musabaqah Tilawatil quran Sekolah Sekolah
Menengah peringkat negara pada tahun 2002 dan tempat kedua pada tahun 2003
Buat kali pertama Peserta Beliawanis Masjid telah Memasuki peringkat kebangsaan
Musabaqah Tilawatil quran bahagian Dewasa pada tahun ini yang akan diadakan Di
Pusat Persidangan Islam dalam bulan Ogos, 2004.