Di antara Aktiviti Masjid dari laman http://www.religious-affairs.gov.bn/i  

Posted by Khairul Salleh

Program Perkhemahan Belia Masjid Antidadah Peringkat Daerah Brunei Muara 2006

Perkhemahan belia masjid 2.jpg

Rabu, 27hb Disember 2006 - Majlis pembukaan rasmi Program Perkhemahan Belia Masjid Antidadah peringkat Daerah Brunei Muara 2006 telah diadakan di Masjid Kampong Perpindahan Mata-Mata Gadong dengan kerjasama Biro Kawalan Narkotik (BKN) Jabatan Perdana Menteri dan Sukarelawan Datalish.

Majlis disempurnakan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Paduka Haji Abdul Rahman bin Haji Mohiddin.

Perkhemahan Belia Masjid itu dibukakan kepada belia masjid lelaki Daerah Brunei Muara berumur di antara 14 hingga 25 tahun. Ia diadakan selama sehari bermula 27 hingga 28 Disember 2006.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap fizikal dan mental belia mengenai isu-isu dadah di negara ini, ianya juga memberikan kesedaran dan membersihkan di dalam jiwa rohani dengan keagamaan serta menjadikan ketahanan jati diri belia dalam menentang akibat perbuatan yang kurang sihat.

Aktiviti-aktiviti yang disediakan dalam program perkhemahan itu ialah motivasi ceramah-ceramah keagamaan yang berkaitan dengan isu belia dalam mencegah masalah dadah dan motivasi berkaitan menangani masalah dadah, aktiviti ketahanan jati diri belia, menunaikan solat berjemaah, qiamullail dan taklimat serta pameran aktiviti-aktiviti masjid.

Perkhemahan belia masjid 1.jpg


Walkaton Belia-Belia Masjid Perpindahan Kampung Mata-Mata Gadong

Walkaton Belia Masjid Kg Mata-mata Gadong.jpg


18 Februari 2007, Ahad - Kira-kira 300 orang peserta menyertai Walkaton Belia-belia Masjid Perpindahan Kampung Mata-Mata Gadong dalam usaha menggalakkan cara hidup sihat di kalangan para belia tempatan yang berlangsung dari Masjid berkenaan menuju ke Bangunan Biro Kawalan Narkotik (BKN).

alkaton Belia-belia Masjid adalah merupakan acara tahunan anjuran bersepadu Biro Kawalan Narkotik (BKN) dengan kerjasama Majlis Perundingan Perpindahan Kampung Mata-Mata Gadong.

adir di acara tersebut ialah Pengarah Biro Kawalan Narkotik, Haji Abdul Majid Mangarshah dan Pemangku Timbalan Pengarah, Haji Abdul Aziz Haji Othman.

Acara bermula di Masjid Perpindahan Kampung Mata-Mata Gadong sebaik selesai menunaikan solat fardu Subuh berjemaah yang diikuti dengan Kuliah Subuh. Sesi senaman ringan memanaskan badan juga diadakan sebelum acara walkaton.

ujuan utama acara dianjurkan ialah untuk mendekatkan para belia tempatan dengan aktiviti masjid dan kesihatan agar masa yang terluang dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka khususnya belia-belia masjid.

agi memeriahkan lagi acara , cabutan tiket bertuah diadakan sejurus selesai acara walkaton bertempat di ruang luar bangunan Biro Kawalan Narkotik.



Walkaton Hijrah anjuran JHEM Zon 3 Kawasan 6 Daerah Brunei Muara

Walkaton Masjid Kg Mata-Mata.jpg

Oleh : PTM, JHEM

Ahad, 20hb Januari 2008 - Seramai lebih 200 peserta menyertai Walkaton Hijrah 1429 anjuran Jabatan Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei dan Muara, Zon 3, Kawasan 6 dengan kerjasama Balai Ibadat Kampong Mata-Mata Gadong dan Masjid Perpindahan Kampong Mata-Mata Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Haji Suhaimi bin Haji Mohd Noor, Ketua Zon Brunei 3, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Walkaton Hijrah dimulakan dengan sembahyang fardu Subuh berjemaah dan diteruskan dengan ceramah kuliah subuh yang disampaikan oleh Haji Amynoor Haji Yakub, Pegawai Hal Ehwal Masjid daerah Brunei dan Muara. Kemudian acara walkaton dimulakan dari Masjid Perpindahan Kampong Mata-Mata Gadong dan berakhir di Balai Ibadat Kampong Mata-Mata Gadong.

Acara ini bertujuan untuk memperingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan sekali gus meraikan kedatangan tahun baru Hijrah 1429 di samping mengeratkan hubungan silaturahim sesama jemaah dan penduduk kampong di sekitar Gadong.


Bengkel Dikir Syarafil Anam (Dikir Brunei)

Bengkel Dikir Syarafil Anam.jpg

Oleh : PTM, JHEM

Ahad, 08 Februari 2009 - Ahli Jawatankuasa Takmir dan Belia Masjid Kampong Perpindahan Mata-Mata Gadong telah mengadakan bengkel Dikir Syarafil Anam (Dikir Brunei).

Program yang bermula pada 2 Februari lalu adalah untuk belia dan kumpulan Muslimah Masjid dijalankan pada setiap Isnin dan Jumaat yang disampaikan oleh Imam Haji Mahri Haji Metusin dan dibantu oleh Awang Osman Haji Ali.

Sejak penubuhannya pada tahun 2000 seramai 250 belia linkungan 12 hingga 25 tahun berjaya dikumpulkan oleh Belia Masjid Kampong Perpindahan Mata-Mata Gadong. Sementara kumpulan Muslimah pula seramai 17 orang yang berdaftar dan diasaskan melalui Bahagian Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid.

Tujuan bengkel ini diadakan bukan sahaja sebagai salah satu aktiviti Takmir Masjid Kampong Perpindahan Mata-Mata Gadong dan belia malah ia juga salah satu usaha memelihara dikir Brunei dengan baik dan diperkembangkan terutama kepada generasi baru.

Selain itu program ini dapat menggalakkan kaum belia dan Muslimah berjinak-jinak dengan warisan orang Melayu Brunei dan sebagai penggalak untuk berselawat dan memuji Nabi Muhammad SAW dengan alunan lagu-lagu yang indah dan tersendiri.

Dikir Brunei merupakan satu khazanah warisan bangsa Melayu yang berharga yang perlu dikekalkan sambil menggalakkan para jemaah rajin mengerjakan ibadat.



JHEM adakan Forum Kefahaman Al-Qur`an Belia Masjid

GADONG, Rabu, 7 April. – Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM) Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) petang tadi mengadakan Forum Kefahaman Al-Qur`an Belia Masjid Sempena Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan Sambutan Awal Tahun Hijrah 1430 Bagi Daerah Brunei dan Muara.

Majlis diungkayahkan oleh Bahagian Imarah, JHEM dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Masjid, Daerah Brunei Muara dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Perpindahan Mata-Mata Gadong.

PEGAWAI Daerah Brunei dan Muara, Dato Paduka Haji Md Yussop bin Bakar ketika hadir selaku tetamu kehormat Forum Kefahaman Al-Quran Belia Masjid Sempena Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan Sambutan Awal Tahun Hijrah 1430. (Foto : Masri Osman)

Tetamu kehormat bagi majlis forum tersebut, Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Dato Paduka Awang Haji Md. Yussop bin Bakar.

Forum Kefahaman Al-Qur`an ini berlangsung di Masjid Kampong Perpindahan Mata-Mata, Gadong.

Juga hadir di majlis tersebut, Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, KHEU, Awang Haji Abd. Kahar bin Haji Hussin,

TIGA ahli panel Forum Kefahaman Al-Quran Belia Masjid Sempena Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan Sambutan Awal Tahun Hijrah 1430 Bagi Daerah Brunei dan Muara. (Foto : Masri Osman)

Objektif Forum Kefahaman Al-Qur`an ini diadakan adalah untuk menimbulkan kefahaman mengenai ayat-ayat Al-Qur`an, selain untuk melatih para belia petah bercakap dalam majlis, serta bagi memberi huraian yang mudah mengenai kefahaman Al-Qur`an kepada orang ramai khasnya para belia.

Di majlis forum tersebut, seramai tiga ahli panel telah dilantik dari kalangan Ahli Kumpulan Belia Masjid dari masjid-masjid di Daerah Brunei dan Muara, mereka terdiri; Awang Zulhelmi bin Dato Seri Setia Haji Rajid, Kumpulan Belia Masjid Kampong Sungai Hanching, Awang Mohd. Saifullah bin Haji Mohd. Sofian dari Kumpulan Belia Masjid Rumah Kegiatan Ugama, Kampong Bebuloh dan Awang Mohd. Adham bin Hashim dari Kumpulan Belia Masjid Kampong Perpindahan Mata-Mata, Gadong.

Para ahli panel mengupas dan membincangkan isi kandungan Ayat 1 hingga 3 bagi Surah Al-A’ala.

Forum dipengerusikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Mohd. Fahmi bin Haji Abbas.

Majlis dihadiri oleh kira-kira 500 orang, terdiri dari Pegawai JHEU, imam-imam, Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Perpindahan Mata-Mata Gadong, Ahli Kumpulan Belia Masjid dan para jemaah.


0 comments

Post a Comment

Terima Kasih Anda Pelawat Ke

free hit counter

Archives